7 maut, feri terbakar di Indonesia

Iklan
Feri yang membawa puluhan penumpang itu dalam perjalanan dari Sulawesi Tenggara ke sebuah pulau di Sulawesi Tengah terbakar sejurus selepas tengah malam.- Foto AFP

KENDARI - Sekurang-kurangnya tujuh maut termasuk dua kanak-kanak dalam kejadian feri terbakar di luar pantai pulau Sulawesi Indonesia awal hari ini, kata polis.

Dalam kejadian itu, empat dilaporkan hilang.

Iklan
Iklan

Feri yang membawa puluhan penumpang itu dalam perjalanan dari Sulawesi Tenggara ke sebuah pulau di Sulawesi Tengah terbakar sejurus selepas tengah malam.

Polis mengesyaki kebakaran dicetuskan apabila tangki diesel meletup.

Iklan

Jumlah penumpang yang berada dalam bot terbabit masih belum diketahui.

Jumlah penumpang disenaraikan sebanyak 50 orang namun penyelamat dan penduduk tempatan menemukan 61 yang terselamat sementara tujuh termasuk dua kanak-kanak berusia dua dan empat tahun terbunuh.

Iklan

Usaha mencari mangsa yang masih hilang sedang giat dijalankan. - CNA