Lesen Lynas diperbaharui dengan syarat
Iklan
Antara syarat-syarat baharu yang ditetapkan LPTA dalam operasi terbaharu Lynas.
PUTRAJAYA - Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) telah memperbaharui lesen operasi syarikat memproses bahan nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) untuk tempoh enam bulan lagi beserta dengan beberapa syarat penting.
LPTA dalam satu kenyataan berkata, antara syarat utama adalah syarikat itu perlu mengemukakan perancangan bagi pembinaan kemudahan 'Cracking and Leaching' dan Kemudahan Pelupusan Kekal (PDF).
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, dua perkara penting itu merupakan sebahagian syarat yang diputuskan setelah Kerajaan Persekutuan Australia dan Kerajaan Negeri Western Australia memaklumkan kepada Malaysia bahawa pihaknya tidak akan menerima penghantaran balik residu radioaktif WLP Lynas.
"Antara syarat-syarat yang ditetapkan Lynas hendaklah mengemukakan perancangan bagi pembinaan kemudahan 'Cracking and Leaching' di luar negara bagi tujuan memindahkan proses tersebut yang kini dijalankan di lojinya di Gebeng, Kuantan keluar dari Malaysia.
Iklan
"Kemudahan 'Cracking and Leaching' di luar negara hendaklah dibina dan mula beroperasi dalam tempoh empat tahun dari tarikh sah lesen. Selepas kemudahan 'Cracking and Leaching' mula beroperasi di luar negara,” katanya menerusi satu kenyataan media semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: Tidak boleh halau Lynas, pelabur asing perhati: Dr Mahathir
Iklan
Selain itu, kenyataan turut menyebut, Lynas perlu mengenalpasti tapak spesifik untuk pembinaan PDF dan mengemukakan kebenaran secara bertulis daripada kerajaan negeri bagi penggunaan tapak tersebut.
"Pembinaan PDF perlu disegerakan untuk meminimakan risiko timbunan residu radioaktif WLP yang kini terkumpul melebihi 580,000 tan di kemudahan penstoran sementara (RSF) yang terdedah kepada ancaman bencana alam seperti banjir besar.
"Pemegang lesen juga hendaklah mengemukakan pelan perancangan pembinaan PDF yang lengkap serta pelan pembiayaan yang mencukupi bagi menampung keseluruhan pembinaan dan operasinya atau mengemukakan kebenaran rasmi secara bertulis daripada pihak berkuasa mana-mana negara untuk membawa keluar residu Water Leach Purification (WLP) ke negara terlibat.
Menurutnya, esemua syarat yang diputuskan itu berdasarkan syor yang dibuat Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advanced Materials Plant dalam laporannya pada November 2018.
"LPTA juga akan memantau rapi serta memastikan pembinaan dan pengendalian PDF mengikut piawaian antarabangsa,” katanya.
Kerajaan akan memperkenalkan konsep bayaran elektrik berdasarkan penggunaan sebenar mulai tahun depan bagi memastikan agihan kos yang lebih adil, selain melindungi kepentingan pengguna domestik.
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Suruhanjaya Tenaga (ST) telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian terperinci bagi menilai pendekatan yang bersesuaian termasuk pelaksanaan konsep user pay basis.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800549/berita/nasional/tarif-elektrik-kerajaan-perkenal-konsep-bayar-ikut-penggunaan-tahun-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.