Dr Mahathir tinjau kesan ribut di Pantai Tengah, Langkawi

Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyampaikan daging korban kepada asnaf ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra Penduduk Kedawang sempena Majlis Korban di Masjid Ar-Rahman Kedawang hari ini. - Foto Bernama

LANGKAWI - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meluangkan masa meninjau keadaan di sepanjang Pantai Tengah di sini yang teruk dibadai ribut dalam kejadian Jumaat lalu.

Beliau yang mempunyai program padat di Langkawi hari ini memandu sendiri kereta SUV Lexus bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohammad Ali melihat sendiri kesan ribut yang masih kelihatan.

Iklan
Iklan

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi meluangkan masa kira-kira 15 minit di lokasi tersebut.

Kesan pokok tumbang yang sudah dibersihkan dan kerosakan yang berlaku pada premis perniagaan di kawasan tersebut masih dapat dilihat disepanjang lokasi tersebut.

Iklan
Iklan

Dalam kejadian Jumaat lalu, hujan lebat beserta angin yang kencang melanda kawasan itu kira-kira pukul 7.45 malam menyebabkan premis perniagaan, kenderaan telah ditimpa pokok malahan kabel elektrik jatuh di atas jalan raya. - Bernama