Laksa sarang Mangkuk Kafe memang padu
Iklan
Sajian laksa sarang yang menjadi taruhan Norazlina.
KUALA NERUS - Nama kedai makan, Mangkuk Kafe manakala hidangan istimewa di situ ialah laksa telur goreng bersarang.
Kedua-dua nama itu sangat unik sekali gus mampu menarik perhatian orang ramai bertandang ke Pantai Tok Jembal semata-mata kerana semangkuk laksa sarang yang enak.
Iklan
Iklan
Dalam kalangan pelanggan tetap, mereka lebih senang menamakan laksa telur goreng bersarang sebagai laksa sarang sahaja disebabkan rasa yang enak malah makanan itu juga laris.
Mungkin juga ramai yang beranggapan laksa berkenaan ada kena-mengena dengan sarang burung, namun sebaliknya ia hanyalah laksa biasa yang sering kita nikmati bersama telur rebus.
Iklan
Pemilik kafe itu, Norazlina Ab Rahim, 36, berkata, dia tidak menggantikan telur rebus kepada telur dadar sebaliknya meletakkan kedua dua bahan itu bersama dalam satu mangkuk.
"Bagi saya paling penting ialah rasa kuah laksa itu sendiri. Saya belajar cara buat kuah laksa daripada ibu. Selepas beberapa percubaan, barulah saya menemui resipi dengan rasa istimewa.
Iklan
"Kebanyakan pelanggan yang berkunjung buat kali pertama pasti bertandang ke Mangkuk Kafe berulang kali bersama kawan-kawan gara-gara laksa kami," katanya ditemui hari ini.
Mengenai nama Mangkuk Kafe, Norazlina berkata, ia disebabkan laksa sarang biasanya diletakkan di dalam mangkuk dan nama itu digunakan kerana hidangan itu adalah menu utamanya.
"Buat masa ini laksa sarang tiada cawangan di tempat lain hanya di Pantai Tok Jembal dan saya turut berniaga di bazar Ramadan di Kuala Terengganu pada setiap tahun," katanya.
Ibu seorang anak berasal dari Pulau Bahagia, Manir yang juga bekas pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin itu berkata, laksa sarang dijual pada harga RM4.50 dan RM4 bagi laksa telur rebus biasa.
Selain laksa dia juga turut menjual menu lain termasuk pelbagai jenis air yang istimewa dengan tawaran harga berpatutan yang tidak membebankan pelanggannya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal