KENINGAU - Sebuah bangunan tambahan pusat hemodialisis Hospital Keningau bernilai RM1.7 juta akan dibina tahun ini dan dijangka siap tahun depan.
Pengarah Jabatan Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, bangunan seluas 3,240 kaki persegi yang akan beroperasi 24 jam itu mampu menampung keperluan kira-kira 100 pesakit dan menempatkan 20 buah mesin hemodialisis.