Warkah Cordova: Apa kaitannya dengan perkahwinan politik?
Iklan
Paparan Facebook Mohd Puad
SHAH ALAM - Warkah dari Cordova untuk Nurul Izzah Anwar dikirim secara terbuka melalui media sosial oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid diolah netizen dengan pelbagai sudut sehingga menarik perhatian ramai penggiat politik.
Salah seorangnya, Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan beliau dilihat tertarik dengan infografik Warkah dari Cordova yang disunting netizen dari satu drama popular di sebuah stesen televisyen tempatan kemudian mengembangkannya menjadi satu plot drama berkisar politik.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tiba-tiba sahaja perkataan adinda dan kekanda menjadi popular, bahkan ada satu infografik filem bertajuk Kekanda di Cordova.
"Ada gambar Dr Mujahid berlakon sebagai kekanda, Nurul Izzah sebagai adinda, Anwar (Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) sebagai ayahanda, Wan Azizah (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) sebagai bonda.
Iklan
"Tidak tahu pula KJ (Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar) memegang watak apa, walaupun ada gambar beliau di sebelah Nurul Izzah.
"Betulkah Mujahid bercinta dengn Nurul Izzah sampai tidak tidur malam? atau baru mahu melamar atau memang akan berkahwin?,” katanya melalui perkongsian di Faceboknya hari ini.
Iklan
Bagaimanapun, Mohd Puad juga mempunyai kreativitinya sendiri dan mengaitkan apa yang berlaku itu adalah cerita tentang perkahwinan politik semata-mata.
"Saya yakin ia hanya cerita perkahwinan politik. Mujahid risau Nurul Izzah akan bercerai politik daripada PH apabila meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Ketua PKR Pulau Pinang.
"Sebab itu dia mengajak Puteri Reformasi itu berkahwin dengan Amanah. Kenapa Nurul Izzah mahu bercerai politik daripada PH.
"Mungkin dia tidak tahan dengan Pak Mertua dia (Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad) yang cuba membawa ramai lelaki gelandangan (bekas pemimpin Umno) yang tidak ada hala tuju masuk Bersatu,” katanya.
Mohd Puad memberitahu, situasi peletakan jawatan Nurul Izzah dalam PKR telah mengganggu perasaan Anwar dan menjejaskan peluang menjadi Perdana Menteri.
"Tetapi yang amat risau dengan perceraian politik Nurul Izzah ini sudah tentu yang berlakon watak ayahanda, iaitu Anwar.
"Perceraian itu boleh menyebabkan hubungan dengan besannya (Tun M) renggang dan menjejaskan peluang beliau sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Mohd Puad turut mengandaikan tentang peranan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang wajahnya juga ada dalam infografik yang disunting netizen.
"Apa pula peranan KJ (Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaludin Abu Bakar)? Mungkin dia mengajak Nurul Izzah berkahwin mutaah dengannya iaitu menubuhkan gagasan 'Anak Muda' yang melangkaui sempadan parti politik.
"Sebab itu dengan pelakon yang sama, ada yang buat filem berjudul"Cinta Tiga Segi”. Marilah kita sama sama menonton filem"Box Office” ini yang akan mula masuk panggung tahun hadapan untuk mengetahui 'endingnya'.
"Mujur watak kekanda tidak dipegang oleh Abang Mat Sabu,” katanya lagi.
Kelmarin, Mujahid yang merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar ketika dalam perjalanan dari Cordova ke Madrid, Sepanyol menulis surat terbuka kepada Nurul Izzah dan ia tular di media sosial.
Namun, sehingga semalam, Nurul Izzah dilihat mengambil langkah berdiam diri tanpa memberi sebarang maklum balas kepada pertanyaan media yang menghubunginya dan beliau juga dilihat tidak memuat naik sebarang status di media sosial peribadinya.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT