Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri

Iklan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 6 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan amaran itu melibatkan Perlis, Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Larut Matang, Manjung, Perak Tengah, Batang Padang dan Hilir Perak) dan Kedah (Langkawi dan Kubang Pasu).

Iklan
Iklan

Amaran sama dikeluarkan di Johor (Kota Tinggi dan Johor Bahru), Pahang (Cameron Highlands), Terengganu (Dungun, Kemaman, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu) serta Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas dan Tumpat).

Di Sabah, kawasan terlibat ialah Kudat, Sandakan, Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna), Pantai Barat (Ranau, Kota Belud, Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran), Pedalaman (Tambunan, Sook, Keningau, Beaufort, Tenom, Sipitang dan Pensiangan).

Iklan

Sementara itu, di Sarawak kawasan terjejas ialah Bintulu (Tatau dan Sebauh), Kapit (Kapit dan Belaga), Limbang, Miri (Marudi, Bario, Beluru dan Telang Usan), Sibu (Selangau). - Bernama

 

Iklan