IPOH - Penjualan dua ekor lembu korban melibatkan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Bagan Datuk baru-baru ini dilihat sebagai satu isu yang serius.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid berkata, pihaknya kesal dengan perkara itu kerana dua daripada tiga lembu berkenaan adalah sumbangan peribadi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bagi tujuan agihan kepada golongan asnaf dan rakyat di Bagan Datuk.