Polis cari lelaki bantu siasatan kes dadah

Iklan
Lelaki ini sedang dikesan bagi membantu siasatan kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

KUALA LUMPUR - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lelaki berusia lingkungan 40-an itu kali terakhir dilihat di Apartmen Kinrara Mas, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi pegawai penyiasat narkotik IPD Cheras, V R Kalidasan di talian 011-16367407 atau 03-92050357.

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Iklan
Iklan