Adik tiri kena tendang gara-gara buat bising
Iklan
Mohd Said.
FELDA NERAM 1 - Gara-gara bengang dua adik tirinya membuat bising, seorang lelaki tergamak menendang kedua-dua kanak-kanak itu hingga mengalami kecederaan.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, di sini, adik tiri perempuannya yang berusia sembilan tahun cedera di siku dan lutut kanan, bahu kiri dan terseliuh jari kelingking kiri manakala abangnya yang berumur 10 tahun luka di paha kanan dan sakit di pinggul.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, suspek yang berusia 35 tahun dipercayai bertindak sedemikian kerana bengang dengan dua adik tirinya itu yang menendang pintu depan rumah dan membuat bising.
Katanya, perbuatan kedua-dua adik tirinya itu menyebabkan suspek mengamuk sebelum bertindak menendang dua adik tirinya hingga jatuh.
Iklan
"Hasil siasatan dapati dua beradik terbabit adalah anak tiri kepada bapa suspek selepas lelaki terbabit berkahwin dengan ibu mangsa pada November lalu.
"Berikutan kejadian itu bapa suspek yang berusia 71 tahun membuat laporan di Balai Polis Chukai pada hari yang sama," katanya.
Iklan
Tambah Mohd Said, susulan itu suspek ditahan tidak lama kemudian untuk siasatan di mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek turut positif methamphetamine dan kini direman untuk siasatan lanjut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>