Tujuh rumah hangus terbakar
Iklan
Kebakaran melibatkan tujuh buah rumah.
KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Tujuh keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran di belakang Hospital Pakar Perdana di sini malam ini.
Seorang mangsa, Siti Sarah Najwa Abu Bakar, 24, berkata, ketika kejadian dia bersama keluarganya berada di warung makan yang terletak 20 meter dari rumah mereka.
Iklan
Iklan
Siti Sarah mendiami rumah itu bersama lapan ahli keluarganya yang lain.
"Saya hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan orang ramai. Saya terus bergegas untuk lihat keadaan tetapi masa tu api membakar rumah kongsi berdekatan dan belum sampai ke rumah saya lagi.
Iklan
"Mujurlah orang ramai bantu keluarkan beberapa barangan besar seperti peti sejuk, televisyen dan saya sendiri sempat selamatkan beberapa dokumen penting," katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.
Seorang lagi mangsa, Halimah Awang, 65, pula berkata, ketika kejadian dia berada di rumah bersama anaknya, Nor Fadila Kadir, 29.
Iklan
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan antara pemimpin terawal yang mendapatkan maklumat mangsa di tempat kejadian.
"Makcik tak sempat nak selamatkan apa- apa dan anak hanya sempat bawa keluar kereta sahaja. Saya sudah tinggal di sini sejak empat tahun lalu," katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan, Penguasa Bomba Kanan II, Mohd Wildan Azahari berkata, pihaknya menerima panggilan jam 9.05 malam dan tiba di lokasi kejadian jam 9.14 malam.
"Operasi ini melibatkan 59 anggota dan pegawai kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Tunjung, Kota Darul Naim dan Pasir Tumbuh.
"Kebakaran dapat dikawal jam 9.59 malam dengan kekuatan lapan jentera bomba dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya.
Operasi itu juga disertai Ketua Balai Bomba Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zaini Bidin dan dibantu 16 anggota Pasukan Bomba Sukarela.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula"><meta itemprop="description" content="Nelayan Pantai Sabak tarik perahu kolek ke darat tanda musim tengkujuh bermula
Riuh suara nelayan Pantai Sabak yang bergotong-royong menarik perahu kolek ke darat menjadi petanda musim tengkujuh telah tiba, sekali gus menandakan bermulanya tempoh ‘rehat’ mereka daripada mencari rezeki di laut.
Tradisi yang dilakukan setiap tahun itu bertujuan membolehkan kerja membaiki kerosakan, mengecat dan menyelenggara perahu dilaksanakan sebelum mereka kembali turun ke laut.
Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/803598/edisi/kelantan/nelayan-pantai-sabak-tarik-perahu-kolek-ke-darat-tanda-musim-tengkujuh-bermula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #perahukolek #tengkujuh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-07T05:00:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P190S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbuhepy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbuhepy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbuhepy"></script>