Tiada arahan bayaran cukai pintu: MB Terengganu
Iklan
Surat arahan dikeluarkan bagi pembayaran cukai pintu.
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri tidak mengeluarkan arahan pembayaran cukai pintu bagi premis kediaman selepas keputusan pengecualian cukai taksiran dan menghapus kira cukai tertunggak untuk semua premis kediaman berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sehingga hari ini kerajaan Terengganu konsisten dengan keputusan penghapusan cukai pintu bagi premis kediaman yang diputuskan sebelum ini.
Iklan
Iklan
"Kita konsisten dengan keputusan sebelum ini dan tidak mengeluarkan arahan bagi pembayaran cukai pintu bagi premis kediaman.
"Bagaimanapun, kita kena pastikan juga apakah kategori premis itu, adakah ia berlesen atau melibatkan bayaran-bayaran tertunggak lain sama ada bayaran yang mereka perlu bayar itu bukan termasuk kategori cukai pintu," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai rungutan segelintir penduduk di Pangsapuri Ladang Tok Pelam di sini, yang menerima surat arahan supaya membayar cukai pintu berkuat kuasa 1 Julai lalu.
Mengulas lanjut, katanya, beliau meminta individu terlibat tampil untuk memberikan maklumat lanjut bagi memudahkan tindakan dilakukan.
Iklan
"Hal itu perlu jelas, kalau ada yang musykil, sila maklum pada kerajaan dan kita akan ambil tindakan selanjutnya,”
Terdahulu, Ahmad Samsuri menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada kakitangan awam peringkat negeri Terengganu 2019.
Majlis itu menyaksikan seramai 50 penerima anugerah itu menerima hadiah RM5,000, pakej mengerjakan haji atau umrah, sijil dan plak sebagai penghargaan daripada kerajaan negeri.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>