Raja Permaisuri Agong sambut ulang tahun kelahiran hari ini

Iklan
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Hari ini tanggal 5 Ogos genap usia Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah 59 tahun.

Tunku Azizah diputerikan pada Jumaat, 5 Ogos 1960 bersamaan dengan 11 Safar 1380 Hijrah di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru.

Iklan
Iklan

Baginda merupakan puteri ketiga kepada pasangan Sultan Iskandar Ibni Sultan Ismail bersama isterinya, Enche’ Besar Hajah Kalsom.

Tunku Azizah yang berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini mempunyai empat orang adik-beradik.

Iklan
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah - Foto Bernama

Kekanda Tunku Azizah merupakan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar.

Tunku Azizah merupakan Raja Permaisuri Agong ke-16 dan Tengku Ampuan Pahang yang ke-5.

Iklan

Pada 30 Julai lalu, telah berlangsung istiadat pertabalan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 berlangsung dengan penuh kesantunan dalam suasana gilang-gemilang.

Di media sosial hari ini, rakyat jelata tidak putus-putus mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran Permaisuri Agong dan menitipkan doa yang indah buat baginda dan juga Yang di-Pertuan Agong.

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah ke sisi Tunku Azizah sempena hari keputeraan Ke Bawah Duli Tuanku yang ke-59.