Datuk Bandar diarak dengan pakaian wanita
Iklan
TUXTLA GUTIERREZ - Seorang Datuk Bandar di selatan Mexico dipaksa menyarung pakaian wanita oleh penduduk yang berang selepas beliau gagal menunaikan janji dibuat semasa kempen pilihan raya baru-baru ini.
Video Javier Jimenez yang memakai skirt labuh berwarna hitam dan blaus putih bercorak bunga menjadi tular selepas dimuat naik ke media sosial.