Bekas Ketua Pengarah JPJ meninggal dunia
Iklan
KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron meninggal dunia akibat penyakit leukemia di Hospital Ampang, di sini malam tadi.
Allahyarham, 60, yang menerima rawatan kimoterapi di hospital itu sejak 18 Julai lepas, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 7.19 malam, meninggalkan isteri Datin Seri Fatimah Shariff dan empat orang anak.
Iklan
Iklan
Anak keduanya, Shahirah Nadzri yang mengesahkan perkara itu berkata, penyakit leukemia yang dihidap bapanya dikesan sejak Febuari lepas, selepas mengadu sesak nafas.
Menurutnya, rawatan kali ketiga di hospital berkenaan dibuat kerana masalah darah putih, kembali tidak normal di samping daya tahan badannya tidak kuat.
Iklan
"Ayah sebelum ini pernah berpesan, minta kami menjaga emak kerana katanya dia dah tak lama,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, jenazah bapanya dikebumikan malam ini Tanah Perkuburan USJ2, Subang Jaya, Selangor selepas urusan di hospital selesai.
Iklan
Allahyarham dilantik menjadi Ketua Pengarah JPJ pada tahun 2016 dan bersara dari jawatan terakhir sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Mac lepas. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI Tabung Haji: BN tidak kompromi jika terbukti berlaku penyelewengan - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="Barisan Nasional (BN) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati melakukan penyelewengan, pecah amanah atau gagal mematuhi prinsip tadbir urus sekiranya dakwaan yang dibangkitkan dalam Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji terbukti benar.
Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana pihak yang didapati bersalah perlu berdepan dengan tindakan sewajarnya tanpa mengira kedudukan atau jawatan mereka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790959/berita/nasional/rci-tabung-haji-bn-tidak-kompromi-jika-terbukti-berlaku-penyelewengan---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #RCITH #TabungHaji"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-06T04:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dB6W61gT18HamhY-L/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xavajgm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xavajgm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xavajgm"></script>