Penduduk Pulau Perhentian sertai kursus jurumudi
Iklan
Peserta kursus bersama tenaga pengajar dan urusetia kursus terdiri daripada kakitangan Bahagian Taman Laut dan Jabatan Laut di Pulau Perhentian.
KUALA BESUT- [DIKEMASKINI] Seramai 35 penduduk Pulau Perhentian mengikuti kelas lesen jurumudi bertempat di Pusat Taman Laut Pulau Perhentian di sini.
Ketua Pejabat Bahagian Taman Laut dan Perlindungan Sumber Daerah Besut, Abdul Ghafar Saleh berkata, peserta terbabit terdiri daripada golongan lelaki yang mempunyai potensi menjadi pemandu bot pelancong.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Kursus Jurumudi Persediaan Mualim di bawah 500GT Domestik Terhad itu berlangsung selama tiga hari dianjurkan Bahagian Taman Laut.
"Peserta diwajibkan mengikuti sukatan kursus ditetapkan antaranya kelas dek dan enjin sebelum mereka menduduki ujian lisan yang dikendalikan pensyarah Jabatan Laut,” katanya.
Iklan
Abdul Ghafar berkata lagi, kursus ini bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang perlunya menggunakan perkhidmatan bot atau feri berlesen dan memiliki perlindungan insurans.
Menurutnya, ia juga bertujuan meningkatkan ilmu kelautan dalam masyarakat Pulau Perhentian selain memberi pendedahan tentang Ordinan PerkapalanSsaudagar 1952.
Iklan
"Kursus ini bukan sahaja beri kebaikan penduduk tetapi kepada pelancong ke Pulau Perhentian khususnya dan mereka perlu mengetahui seseorang pemandu yang mereka naiki mempunyai lesen atau sebaliknya,” katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal