Menteri Luar Iran berdepan sekatan AS

Iklan
Javad Zarif

TEHERAN - Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengenakan sekatan ke atas Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif.

Dalam kenyataan berasingan, Jabatan Negara dan Perbendaharaan AS mengumumkan langkah itu dikenakan ke atas Zarif kerana beliau ‘bertindak secara langsung atau tidak langsung bagi pihak pemimpin Agung Iran’.

Iklan
Iklan

"Zarif ialah jurucakap utama Iran di seluruh dunia. Sekatan ini menghantar mesej jelas bahawa tingkah laku terbaharu Teheran sememangnya tidak boleh diterima,” menurut kenyataan Jabatan Perbendaharaan.

Setiausaha AS, Mike Pompeo mendakwa diplomat kanan Teheran itu sebagai ‘kunci utama’ dasar Iran di seluruh dunia.

Iklan

Sementara itu, Zarif menerusi Twitter menyelar keputusan AS tersebut.

"AS menggunakan alasan untuk merujuk saya sebagai jurucakap utama Iran di seluruh dunia. Adakah kebenaran itu sangat menyakitkan?” sindirnya menerusi Twitter.

Iklan

Zarif juga dengan lantang mengulangi kenyataan tindakan pentadbiran AS itu langsung tidak memberi kesan kepada beliau dan keluarganya memandangkan diplomat tersebut tidak mempunyai hartanah atau kepentingan di luar Teheran.

Pada 24 Jun lalu, Trump turut mengumumkan sekatan baharu menyasarkan Pemimpin Agung, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei dan komander Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC). - AFP