MPM nafi tutup Uptown Maharani
Iklan
Barisan Ahli Majlis MPM menunjukkan pelan rancangan bagi merancakkan perniagaan di Uptown Maharani. (Gambar kecil: Huridin)
MUAR - Majlis Perbandaran Muar (MPM) menyangkal dakwaan yang kini tular di laman sosial Facebook berhubung penguatkuasaan undang-undang baharu terhadap aktiviti perniagaan di Uptown Maharani.
Penularan berita sejak semalam yang dimuat naik di Facebook daerah Muar menimbulkan persoalan penduduk sehingga ada sebahagian mereka mendakwa operasi perniagaan uptown itu sebenarnya bakal dihentikan.
Iklan
Iklan
Menjelaskan perkara terbabit, Ketua Whip Amanah, Huridin Samuri tampil menyatakan MPM tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan bertulis ataupun melalui akhbar termasuk di mana-mana media berhubung pelaksanaan beberapa polisi baharu yang menjadi keresahan peniaga.
Tegas Huridin, pihaknya bersama seluruh Ahli Majlis di MPM juga belum pernah berbincang secara teliti berkenaan polisi-polisi hingga menyebabkan peniaga-peniaga di sekitar uptown itu percaya.
Iklan
"Di antara perkara yang dibimbangi peniaga ialah kononya MPM keluarkan arahan supaya berlaku satu penstrukturan semula di mana kesemua gerai ini akan disusun di pertengahan laluan dengan membelakangi peniaga satu sama lain.
"Keduanya, mengenai saiz tapak perniagaan yang dikata akan dikecilkan. Itu tidak benar kerana saiz tapak gerai mereka iaitu 10 x 14 kaki masih dikekalkan sehingga kini,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan di tapak Uptown Maharani di Jalan Sisi bersama kesemua barisan Ahli Majlis MPM dan turut dihadiri Ketua Whip DAP, Chua Wee Beng serta Ketua Whip Bersatu, Basut Nin.
Selain itu, katanya, kenyataan tidak berasas itu menyebut jumlah gerai akan dikecilkan sekaligus seramai 30 hingga 40 peniaga berisiko untuk dikeluarkan dari operasi perniagaan yang dijalankan setiap malam Jumaat dan Sabtu itu.
"Ia tidak benar kerana sehingga sidang media ini dibuat, kami masih lagi pegang kepada polisi sedia ada yang berlaku di Uptown sebelum ini.
"MPM tidak pernah mengeluarkan arahan-arahan sedemikian, malah, kami selalu Ahli Majlis sentiasa memberi sokongan kepada peniaga di situ termasuk berusaha merencanakan agenda bersesuaian untuk mereka mendapat keuntungan lebih banyak.
"Antaranya dengan perancangan menyediakan khidmat teksi dari Tanjung Emas terus ke Medan Selera Ikan Bakar Sabak Awor yang mana pelancong akan melintasi deretan perniagaan di sini sekaligus mempromosi lokasi uptown,” katanya.
Selain itu, pihaknya juga bercadang menambah tempoh perniagaan iaitu tiga hingga empat malam seminggu berbanding dua malam seperti kebiasaannya.
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.