Murid berdepan detik cemas angkara pencemaran asap
Iklan
Murid SJKC Tai Tong terpaksa memakai topeng muka berikutan terhidu asap pembakaran terbuka.
SUNGAI PETANI- Seramai 462 warga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tai Tong berdepan detik cemas terhidu asap pembakaran terbuka jam 7 pagi tadi.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Lai Miew See berkata, pihaknya menyedari terdapat kepulan asap dan bau busuk ketika berada di pekarangan sekolah dan mengesyaki ia berpunca daripada pembakaran terbuka.
Iklan
Iklan
Kakitangan Jabatan Alam Sekitar membuat siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Menurutnya, murid, waris, guru dan kakitangan sekolah memakai topeng muka kerana sukar bernafas, pedih mata dan sakit kepala.
"Kami bimbang berlaku pencemaran udara yang serius seperti baru-baru ini sehingga mengakibatkan pembelajaran terganggu dan aktiviti luar kelas juga terjejas,” katanya.
Iklan
Katanya, laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda agar siasatan dilakukan.
Simon Ooi (dua dari kanan) dan Robert Ling (kanan) membuat pemantauan di lokasi pembakaran terbuka.
Dalam pada itu, Exco Alam Sekitar, Simon Ooi Tze Min berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk sekitar dan juga PIBG SJKC Tai Tong di Taman Kempas mendakwa berlaku pencemaran udara dan menjalankan siasatan ke lokasi terlibat.
Iklan
"Siasatan mendapati lokasi pembakaran dekat kilang dan beberapa agensi diarah untuk padam kebakaran dan siasatan diteruskan,” katanya ketika memantau lokasi pembakaran terbuka di Kampung Serukam, Sungai Petani.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari 100 jadi 400 orang, penduduk jelaskan sebab Rohingya diminta keluar"><meta itemprop="description" content="Dari 100 jadi 400 orang, penduduk jelaskan sebab Rohingya diminta keluar
Pertambahan komuniti Rohingya di Kampung Kuala Muda, Penaga di Kepala Batas hampir empat kali ganda daripada 108 orang pada 2018 kepada kira-kira 400 tahun ini menjadi punca utama penduduk meminta penempatan itu dikosongkan, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Jumlah rumah yang didiami komuniti berkenaan turut meningkat daripada 12 kepada 33, dengan sesetengah kediaman menempatkan lebih 20 orang daripada tiga atau empat keluarga, sekali gus mencetuskan keresahan mengenai kesesakan, perubahan landskap sosial kampung dan persaingan pekerjaan termasuk dalam sektor perikanan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789886/edisi/utara/dari-100-jadi-400-orang-penduduk-jelaskan-sebab-rohingya-diminta-keluar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #rohingyadimintakeluar #isurohingya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-29T08:34:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P227S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xat5jo6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xat5jo6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xat5jo6"></script>