JARINGAN pemain muda meningkat naik, Mohd Fadzrul Danel Mohd Nizam pada minit ke-105 menjulang Kedah muncul juara Piala FA 2019 selepas menewaskan Perak 1-0 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.
Kemenangan di hadapan 83,520 penyokong di stadium kebanggaan rakyat Malaysia itu, sekali gus meranapkan impian skuad ‘The Bos Gaurus’ untuk menamatkan penantian 15 tahun merangkul trofi berprestij tersebut selepas kali terakhir mendakapnya pada 2004.