Tun M diberi sambutan rasmi di Kompleks Presiden

Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga bagi lawatan rasmi beliau ke Turki bermula hari ini. Foto: Bernama

ANKARA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang melakukan lawatan rasmi ke Turki, hari ini diberi sambutan rasmi di Kompleks Presiden di sini.

Ketibaan Dr Mahathir yang diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, disambut Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan.

Iklan
Iklan

Sejurus itu, lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan sebelum Dr Mahathir memeriksa perbarisan hormat oleh anggota tentera Turki.

Selepas upacara sambutan rasmi, Dr Mahathir dan Erdogan dijadual mengadakan mesyuarat empat mata sebelum diikuti dengan mesyuarat delegasi Malaysia dan Turki.

Iklan

Dr Mahathir dan Erdogan akan mengeluarkan kenyataan bersama kemudiannya.

Sementara itu, Presiden Turki itu juga akan menghoskan jamuan malam rasmi bagi meraikan Dr Mahathir dan isteri sempena lawatan ke negara itu.

Iklan

Dr Mahathir memulakan lawatan rasmi empat hari ke Turki pada Rabu atas jemputan presiden negara itu.- Bernama