Ambilan 750 guru interim baharu di Sabah tahun ini
Iklan
Foto Bernama
KOTA KINABALU - Jabatan Pendidikan Sabah membuka ambilan 750 guru interim baharu pada tahun ini sebagai inisiatif menangani masalah kekurangan guru di negeri ini.
Pengarahnya, Dr Mistirine Radin berkata, daripada jumlah itu, 130 guru interim Pendidikan Islam dan 166 guru interim pelbagai opsyen lain telah dilantik.
Iklan
Iklan
"Kami masih mencari lebih kurang 454 guru interim untuk dilantik pada tahun ini. Justeru kami amat mengalu-alukan graduan untuk membuat permohonan khususnya pemegang ijazah pertama yang belum mempunyai pekerjaan," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Pelantikan dan Penempatan Guru Interim Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah Siri Satu 2019, di sini hari ini.
Iklan
Seramai 166 guru interim baharu yang berjaya melepasi Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) serta lulus temu duga telah menerima surat tawaran pelantikan pada majlis itu dan mula bertugas pada 1 Ogos ini.
Menurutnya dasar 90 peratus guru tempatan dan 10 peratus guru luar yang mengajar di Sabah ketika ini juga semakin tercapai.
Iklan
Katanya sehingga kini peratusan guru tempatan di Sabah adalah 94 peratus bagi sekolah rendah dan 98 peratus bagi sekolah menengah.
"Namun kami menjangka lebih ramai guru dari Semenanjung akan kembali ke tempat asal dan kami akan membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak Sabah mengisi kekosongan tersebut," kata Mistirine.- Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>