Koop TK tawar insurans mampu milik
Iklan
Nordin menyerahkan sumbangan replika kad perlindungan kesihatan kepada kepada Seniwati Negara, Fauziah Nawi pada Pelancaran Program Perlindungan dan Penjagaan Kesihatan Sayangi Hidupku Medicare di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur semalam.
KOPERASI Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad (KoopTK) dengan kerjasama syarikat penginsurans dan takaful Great Eastern Holdings melancarkan program Sayangi Hidupku Medicare yang menawarkan perlindungan dan penjagaan kesihatan mampu milik.
Menerusi program berkenaan, pelanggan berpeluang menikmati pembiayaan kos rawatan perubatan, kemalangan, kematian atau keilatan yang tidak terduga dalam tempoh perlindungan selama 24 jam di serata dunia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KoopTK, Suli Koid Chin Lin, program itu diperkenalkan bagi menyahut seruan kerajaan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan perlindungan dan penjagaan kesihatan dengan harga yang berpatutan dan tidak membebankan. Majlis disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nordin Salleh.
Hadir sama, Penasihat KoopTK, Datuk Seri Panglima Yahya Hussein, Timbalan Pengerusi KoopTK, Burhanuddin Yahya dan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah.
Suli berkata, bagi sesiapa yang membuat pembayaran premium, tempoh perlindungan adalah serta merta dan had maksima layak mendapatkan perlindungan sehingga berusia 80 tahun, tertakluk kepada terma dan syarat.
Ujarnya, jumlah premium bagi setiap program yang ditawarkan juga adalah tetap pada setiap tahun.
"KoopTK amat prihatin dan berani mengambil risiko dengan menyedia serta menawarkan tiga manfaat secara tahunan iaitu manfaat hospital, kemalangan serta perlindungan hayat (takaful).
"Oleh itu, sasaran program ini adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah (B40) dengan memahami kekurangan dan kekangan kewangan yang terpaksa ditanggung dalam situasi ekonomi serba mencabar pada hari ini,” katanya.
Suli berkata, terdapat dua program yang ditawarkan iaitu Program Mesra B40 dan Program Kasih yang mampu milik.
Sementara itu, Yahya Hussin berkata, inisiatif yang komprehensif itu mampu memberi manfaat kepada anggota koperasi dan masyarakat, sekali gus meningkatkan kesedaran mendapatkan perlindungan kesihatan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>