Persatuan belia ada masa sehingga 2024 sesuaikan diri had umur baharu
Iklan
KUALA LUMPUR - Persatuan dan majlis belia di negara ini mempunyai masa sehingga 2024 untuk menyesuaikan diri dengan transisi had umur belia baharu seperti yang diputuskan Dewan Rakyat, baru-baru ini.
Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata had umur baharu itu hanya akan diwartakan pada akhir 2021, justeru kesemua persatuan dan majlis belia mempunyai masa sekurang-kurangnya tiga tahun selepas itu untuk melaksanakan persediaan sebelum pemilihan persatuan masing-masing diadakan.