Cubaan lagakan saya, Aminuddin: Mohamad Rafie
Iklan
x-default
SEREMBAN – Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Dr Mohamad Rafie Ab Malek sifatkan perbandingan berterusan yang dibuat antara beliau dengan Menteri Besar, Aminuddin Harun oleh sesetengah pihak tidak lain lagi bertujuan mahu melihat perpecahan kepimpinan kerajaan negeri dan parti.
Beliau yang juga Timbalan Ketua PKR Cabang Seremban berkata, beliau berada dalam satu pasukan dengan Aminuddin dan sentiasa bekerjasama sama ada ada dalam kerajaan negeri mahupun parti.
Iklan
Iklan
"Saya lihat masih ada yang cuba melaga-lagakan antara saya dengan Aminuddin, ia adalah sesuatu yang tak wajar kerana tumpuan kita sekarang adalah untuk membangunkan negeri.
"Aminuddin juga masih Pengerusi PKR negeri dan saya bersamanya untuk membantu. Kita bekerja dalam pasukan yang sama,” katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Ditanya mengenai laporan portal yang melaporkan beberapa Ketua Cabang di negeri ini telah menolak pelantikan Aminuddin sebagai Pengerusi PKR negeri dan mencadangkan namanya, Mohamad Rafie berkata, beliau menghormati dan menghargai pandangan mereka.
Bagaimanapun, katanya, jangan disebabkan perkara itu ia mengundang kepada perpecahan parti sehingga boleh memberi kesan negatif.
Iklan
"Bukan saja pandangan ketua cabang, tapi semuanya kita perlu hormati dan jangan abaikan. Jika ada yang kurang, perlu diperbaiki.
"Pandang ia dari sudut positif kerana tiada manusia yang sempurna. Melalui pandangan itu, bagaimana kita cuba memperbaikinya supaya menjadi lebih baik,”katanya.
Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan, pemimpin cabang PKR Negeri Sembilan didakwa pernah menulis surat kepada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mereka menolak pelantikan Aminuddin sebagai Pengerusi PKR negeri.
Difahamkan, seramai tujuh daripada lapan Ketua Cabang PKR di negeri ini didakwa menolak kepimpinan Aminuddin.
Portfolio enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang baru dilantik akan ditetapkan dalam tempoh terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti kesesuaian portfolio setiap Exco, memandangkan jumlah Exco yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika ini hanya enam orang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806365/edisi/melaka-ns/portfolio-enam-exco-negeri-sembilan-ditetapkan-dalam-waktu-terdekat---mb
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.