Britain rancang tubuh misi perlindungan maritim di perairan Teluk

Iklan
Kapal Stena Impero ditahan IRGC di Selat Hormuz pada Jumaat lalu.

LONDON - Britain merancang menubuhkan misi perlindungan maritim yang diketuai Eropah

bagi memastikan laluan selamat di perairan Teluk terutama Selat Hormuz susulan insiden Iran menahan kapal miliknya pada Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

Setiausaha Luar Britain, Jeremy Hunt membuat pengumuman tersebut selepas satu mesyuarat tergempar membincangkan isu berkenaan semalam.

"Kami akan menjalankan misi ini secepat mungkin," kata Hunt yang mengecam tindakan Iran namun pada masa sama menegaskan Britain enggan mencetuskan konfrontasi.

Iklan

Bercakap kepada Parlimen, Hunt berkata, misi terbabit tidak akan menjadi sebahagian dasar tekanan maksimum Amerika Syarikat ke atas Teheran kerana Britain kekal komited terhadap perjanjian nuklear Iran.

Jumaat lalu, Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menahan kapal Stena Impero di Selat Hormuz.

Iklan

Insiden terjadi dua minggu selepas Britain menahan kapal tangki minyak Iran di Gibraltar kerana disyaki menghantar bekalan minyak mentah ke Syria. - AFP