MTDC anjur program latihan antarabangsa untuk pembuat dasar
Iklan
KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) hari ini menganjurkan program latihan antarabangsa bagi pembuat dasar untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan kepakaran pembangunan dengan negara membangun yang lain.
Pengarah Pejabat CEO, Dr Zainul Fadziruddin Zainuddin berkata, Bengkel Program Perbadanan Teknikal Malaysia (MTCP)-Pembangunan Pengkomersialan Ekosistem dan Keusahawanan MTDC selama lima hari itu merupakan usaha MTDC untuk membantu negara membangun yang menyertainya dengan program pembangunan masing-masing.
Iklan
Iklan
"Malaysia, menerusi MTCP, kekal komited kepada Kerjasama Selatan-Selatan yang merupakan elemen penting kerjasama antarabangsa bagi pembangunan yang menawarkan peluang berdaya maju untuk negara membangun dalam usaha mereka secara individu dan bersama untuk meningkatkan tahap pembangunan mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bengkel itu, dijadual dari 22 hingga 26 Julai, menarik penyertaan 16 pembuat dasar daripada Uzbekistan, Thailand, Tajikistan, Turkmenistan, Uganda, Jordan, Kyrgyzstan, Bosnia dan Herzegovina, Mauritius, Albania, Kepulauan Samoa, Nigeria, Bhutan, Filipina, Mesir dan Vietnam.
Iklan
Topik yang akan dibincangkan pada bengkel itu termasuk dasar dan rangka kerja berkaitan proses pengkomersialan, pengesahan pasaran, pengkomersialan harta intelek (IP), pembiayaan, model perniagaan, kerjasama dan inkubasi universiti.
MTDC ialah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd dan telah menjadi penggiat utama dalam pengkomersialan dan pengurusan pembiayaan kerajaan sejak Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000). - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="KPKT sasar satu pasar awam setiap negeri jadi produk pelancongan"><meta itemprop="description" content="KPKT sasar satu pasar awam setiap negeri jadi produk pelancongan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya sebuah pasar awam di setiap negeri dibangunkan sebagai mercu tanda dan destinasi pelancongan bagi menarik lebih ramai pengunjung, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, sasaran itu memberi tumpuan kepada pasar awam berpotensi, khususnya di kawasan pelancongan serta ibu negeri menerusi pendekatan transformasi reka bentuk dan kemudahan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806572/berita/nasional/kpkt-sasar-satu-pasar-awam-setiap-negeri-jadi-produk-pelancongan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kpkt #pasarawam #produkpelancongan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T05:18:06.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xqom"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xqom"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xqom"></script>