Saya tidak akan henti tegur UMNO: KJ
Iklan
MELAKA - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan bahawa beliau tidak akan berhenti menegur kepimpinan UMNO, yang pada pandangannya perlu lagi diperbetulkan.
"Saya akan terus bercakap kerana saya tiada niat buruk terhadap mana-mana individu dalam UMNO sama ada pemimpin sekarang atau terdahulu," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Melaka, di sini hari ini.