Jangan mudah tertipu dengan skim cepat kaya

Iklan
Dr Mohd Khairuddin

KUALA NERUS - Penganjuran skim cepat kaya pada masa ini mengalami transformasi digital dan turut meniru sistem urus niaga pelaburan saham sehingga ramai mangsa terpedaya.

Perkembangan itu menarik perhatian Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mahu rakyat mempunyai kesedaran agar tidak mudah menjadi mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tiada jalan mudah untuk menjadi kaya kecuali dengan usaha namun kerana terpedaya dengan habuan ditawarkan maka ramai memilih jalan mudah untuk hidup senang.

"Saya sendiri membawa isu ini ke Parlimen kerana ia adalah tanggungjawab bersama dan mangsa diperdaya juga semakin meningkat.

Iklan

"Antara menjadi sasaran golongan pesara yang pastinya mempunyai duit simpanan dan saraan akhirnya terjebak sehingga hilang segala-galanya.

"Tiada siapa yang begitu baik untuk berikan kita duit tanpa ada matlamat tertentu," katanya.

Iklan

Sehubungan itu, beliau sekali lagi mengingatkan agar rakyat tidak mudah tertipu dan mengambil pendekatan berhati-hati dalam membuat sebarang penilaian dan keputusan.