Jangan rosakkan!

Iklan
Bekas hitam yang digunakan sebagai projek kawalan denggi menggunakan nyamuk aedes berWolbachia dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab. - FOTO: Ihsan FB KKM

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai supaya tidak merosakkan bekas berwarna hitam tertera label dan logo kementerian yang ditempatkan di projek perumahan terpilih.

Dalam satu kenyataan, KKM memaklumkan beberapa bekas hitam untuk pembiakan nyamuk aedes berWolbachia itu didapati dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab.

Iklan
Iklan

"Sekali lagi kami mohon bantuan semua, tolong pastikan bekas-bekas hitam ini dalam keadaan baik.

"Projek ini bagi melindungi anda daripada denggi. Kerjasama anda semua amat dihargai,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik dalam Facebook rasmi KKM.

Iklan

Terdahulu, KKM memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak mengusik atau mengalihkan bekas berwarna hitam dengan dua saiz berbeza itu jika ada menemuinya di mana-mana kawasan perumahan.

KKM turut meminta ibu bapa memastikan anak-anak mereka tidak menyentuh kedua-dua bekas tersebut.

Iklan

Menurutnya, bekas itu digunakan sebagai projek kawalan denggi menggunakan nyamuk aedes berWolbachia.

"Mohon kepada anda semua, jika terjumpa dua bekas hitam ini di kawasan perumahan, tolong jaga dengan baik.

"Kepada ibu bapa, pastikan anak-anak tidak menyentuh dua bekas ini,” katanya dalam kenyataan itu.

ARTIKEL BERKAITAN 'Jangan usik dua bekas hitam ini'