'Najib takkan berdiam diri'
Iklan
Facebook Najib
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan beliau tidak akan sesekali akur dengan gesaan agar berdiam diri.
Sebaliknya, Pengerusi Lembaga Penasihat BN itu berkata, beliau akan terus berjuang untuk membela nasib rakyat.
Iklan
Iklan
"Dengar sini baik-baik. Najib tidak akan berdiam diri. Najib akan terus berjuang membela rakyat," katanya dalam hantaran di Facebooknya hari ini.
Najib turut menyertakan pautan artikel Sinar Harian mengenai kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz semalam yang menafikan dirinya tidak membantu parti ketika Barisan Nasional (BN) kini tidak lagi menjadi kerajaan.
Iklan
Menyifatkan bahawa dirinya seorang yang setia dengan parti, Mohamed Nazri berkata, beliau sebenarnya banyak membantu, antaranya menggesa Najib supaya 'duduk diam'.
ARTIKEL BERKAITAN: Saya bantu parti dengan suruh Najib duduk diam: Nazri
Iklan
Dalam pada itu, Najib turut mengalu-alukan sekiranya Mohamed Nazri ingin membantu parti dengan cara jelajah ke seluruh negara melawan PH.
"Bukan dengan cara suruh saya atau mana-mana ahli (parti) duduk diam," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>