Kad Sejahtera untuk rakyat Terengganu bulan depan
Iklan
Ahmad Samsuri menyerahkan replika Kad Sejahtera kepada Ahli Dewan Undangan (ADUN) Paka, Satiful Bahri Mamat.
KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu memperuntukkan RM10.9 juta bagi program bantuan subsidi rawatan kesihatan asas atau Kad Sejahtera kepada rakyat negeri ini yang akan bermula bulan depan.
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelaksanaan program itu adalah tanda komitmen kerajaan pimpinan Pas seperti yang dijanjikan dalam manifesto PRU14 yang lalu.
Iklan
Iklan
Menurutnya, seramai 20,000 penerima daripada golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar dijangka akan mendapat manfaat daripada program berkenaan.
"Program ini bersifat penyelesaian jangka masa pendek supaya dapat memberi kemudahan kepada rakyat Terengganu bagi mendapatkan rawatan kesihatan seoptimum mungkin. Ia sekali gus dapat memperkasa golongan sasar secara berperingkat, seterusnya mampu membebaskan mereka daripada belenggu kemiskinan.
Iklan
"Program ini akan bermula selewat-lewatnya pada bulan depan dan para pemegang Kad Sejahtera layak untuk mendapatkan rawatan kesihatan berjumlah maksimum sehingga RM500 setahun di klinik swasta terpilih yang dilantik oleh kerajaan,” katanya selepas penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14 di sini semalam.
Dr Ahmad Samsuri berkata, individu yang layak akan menerima Kad Sejahtera melalui pejabat DUN masing-masing dan perlu dikemukakan sewaktu mendapatkan rawatan di klinik swasta terpilih dengan kos maksimum RM70 setiap rawatan.
Iklan
Sementara itu, menurutnya, jambatan angkat atau Drawbridge akan dibuka kepada orang ramai bermula 1 Ogos ini.
"Kerajaan menambah baik beberapa kelemahan dalam aspek keselamatan dan kelancaran trafik setelah dibuka untuk tempoh pengujian sistem selama dua minggu pada 2 hingga 17 Jun lalu. Setakat ini tiada masalah dan semuanya berjalan lancar.
"Bermula 1 Ogos, ia sudah boleh dibuka kepada semua kenderaan dan kita boleh menyaksikan trafik yang lebih baik selepas itu. Berkenaan nama dan pelancaran rasmi pula kita masih belum putuskan,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>