10 murid sakit perut disyaki keracunan

Iklan
Dr Ding Lay Ming

IPOH - Sekurang-kurangnya 10 murid lelaki Sekolah Kebangsaan (SK) Leboh Cator disyaki mengalami keracunan makanan selepas dipercayai makan di kantin sekolah itu, hari ini.

Difahamkan kesemua mangsa mengalami gejala sakit perut selepas makan nasi goreng ketika waktu rehat di kantin sekolah berkenaan.

Iklan
Iklan

Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata, notifikasi awal kejadian itu diterima sekitar jam 12.30 tengah hari tadi.

"Makluman awal, terdapat satu ambulans membawa 10 murid dari sekolah berkenaan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Iklan

"Semua pelajar berkenaan mengalami sakit perut," katanya.

Menurutnya, tindakan awal telah diambil Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta dengan melakukan pemeriksaan di sekolah terbabit.

Iklan

"Perkara ini masih lagi di peringkat verifikasi oleh PKD Kinta," katanya.