‘Tayar jentani pun kau kebas’
Iklan
Seorang daripada suspek ditahan anggota polis yang dipercayai terlibat dalam kes curi tayar jentani.(Kanan: Tayar jentani ditemui bersama suspek ketika ditahan kelmarin.)
PARIT BUNTAR - Polis menahan dua lelaki termasuk seorang pelajar tingkatan satu yang dipercayai terlibat dalam kes curi tayar jentani milik seorang penduduk di Tanjung Piandang di sini kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kedua-dua suspek ditahan oleh anggota ronda cegah jenayah dari Balai Polis Tanjung Piandang dan merampas dua tayar jentera padi berkenaan.
Iklan
Iklan
"Kedua-dua suspek berusia 13 dan 38 tahun itu ditahan sekitar jam 6 petang selepas menerima laporan kehilangan dua tayar jentani yang ditinggalkan di kawasan berkenaan.
"Pengadu telah meletakkan jentera itu hadapan rumahnya sejak dari musim padi lepas dan tidak mampu mengendalikannya kerana sudah berusia,” katanya.
Iklan
Menurutnya, mereka ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri.
"Semakan mendapati kedua-duanya tiada rekod kesalahan lampau malah, ujian saringan air kencing mendapati mereka negatif dadah.
Iklan
"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan"><meta itemprop="description" content="Kes buli, dakwaan murid dipukul guru: PPD laksana prosedur ditetapkan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan pihak sekolah telah melaksanakan prosedur ditetapkan serta mengadakan perbincangan bersama keluarga mangsa berhubung kes buli serta dakwaan murid dipukul guru yang berlaku di Chemor dan Pengkalan Hulu.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Datuk Khairudin Abu Hanipah berkata, kedua-dua kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut susulan laporan yang dibuat pihak terbabit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/799864/edisi/perak/kes-buli-dakwaan-murid-dipukul-guru-ppd-laksana-prosedur-ditetapkan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #dakwaanbuli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-10T04:37:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P97S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbkofdm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbkofdm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbkofdm"></script>