TAWAU - Sabah mencatatkan 2,707 kes demam denggi melibatkan 13 kematian sejak awal tahun sehingga 6 Julai lepas, kata Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Christina Rundi.
Sehubungan itu, beliau berkata masyarakat perlu bersama-sama meningkatkan tahap kebersihan persekitaran termasuk tempat tinggal bagi mencegah pembiakan nyamuk Aedes kerana semburan kabus bukan penyelesaikan kepada masalah denggi.