10 individu bergaduh di kedai jual alkohol ditahan
Iklan
KUALA LUMPUR – Polis menahan 10 individu termasuk lapan warga India selepas disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah kedai menjual alkohol di Batu Caves, Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, dalam kejadian kira-kira 8.30 malam itu, salah seorang suspek bersama isterinya berusia 38 tahun ke premis itu untuk membeli minuman keras dan tidak berpuas hati diberi resit tulisan tangan.