Angkasa sasar tiga koperasi ke peringkat global
Iklan
Abdul Fattah pada sidang media program Angkasa bersama komuniti di Kampung Teroi Bukit, hari ini.
YAN - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyasarkan tiga lagi koperasi di negara ini untuk disenaraikan di peringkat global pada tahun 2025.
Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata pihaknya sudahpun mempunyai perancangan strategik bagi tempoh 2025 hingga 2030 bagi memperkasakan koperasi di negara ini.
Iklan
Iklan
Katanya, ketika ini terdapat dua koperasi Malaysia yang tersenarai di peringkat global iaitu Bank Rakyat dan Koperasi Felda.
"Jadi, kita mahu tiga lagi koperasi di negara ini berada dalam peringkat global dan tiga itu nanti kita akan cari dalam kalangan 100 koperasi terbaik di Malaysia," katanya pada sidang media program Angkasa bersama komuniti di Kampung Teroi Bukit, hari ini.
Iklan
Dalam perkembangan lain, Abdul Fattah turut mengulas Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 yang dilancarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Abdul Fattah berkata pihaknya akan mengambil peranan bekerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta kementerian berkaitan untuk menyokong usaha kerajaan itu sekali gus merealisasikan dasar berkenaan.
Iklan
"Telah dinyatakan akan peranan koperasi yang jelas di mana koperasi berperanan untuk memastikan kumpulan tertentu dimajukan melalui dasar ini," katanya.
Tambah Abdul Fattah, Angkasa telah mengambil pendekatan daripada dasar berkenaan untuk menggalakkan budaya keusahawanan dalam kalangan pemimpin koperasi serta ahlinya untuk bersama-sama membantu kerajaan menjadikan dasar suatu kenyataan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>