Duta Britain ke AS letak jawatan

Iklan
Sir Kim Darroch

LONDON - Sir Kim Darroch telah meletak jawatan sebagai Duta Britain ke Amerika Syarikat (AS) semalam di tengah-tengah ketegangan diplomatik yang semakin meningkat antara dua sekutu tersebut.

"Situasi sekarang membuatkan saya tidak dapat melaksanakan tugas saya. Pelbagai spekulasi dilemparkan terhadap saya dan peranan saya sejak kebocoran dokumen rasmi itu dari kedutaan ini" kata diplomat berusia 65 tahun terbabit selepas kebocoran kenyataan buruk tentang Presiden AS, Donald Trump.

Iklan
Iklan

Jelasnya, beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan kepada Ketua Pejabat Luar Perkhidmatan Diplomatik, Sir Simon McDonald.

Sementara itu, Pejabat Komanwel dan Luar Britain mengesahkan peletakan jawatan Darroch.

Iklan
Iklan

Isnin lalu, Trump menegaskan AS tidak lagi akan berurusan dengan Duta Britain tersebut selepas beliau didakwa memperlekehkan pentadbiran jutawan hartanah terbabit menerusi dokumen yang didedahkan akhbar Daily Mail pada akhir minggu lalu. - Agensi