Kerajaan bentang Pindaan Perlembagaan baharu esok

Iklan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) ketika sidang media pada Persidangan Dewan Rakyat di lobi Parlimen hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan membentangkan cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan merangkumi penurunan had umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, pendaftaran automatik dan kelayakan calon pilihan raya kepada 18 tahun di Dewan Rakyat, esok.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan memutuskan untuk menarik balik Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 yang dibentangkan sebelum ini, bagi turut meminda perkara berhubung pendaftaran pemilih secara automatik dan menurunkan had umur calon pilihan raya.

Iklan
Iklan

"Pada ‘first reading’ (bacaan kali pertama), kita cuma sebut tentang seorang berumur 18 tahun boleh (mengundi), tetapi kita tak masuk nama dia secara automatik, dia kena register (sebagai pemilih).

"Ada permintaan untuk masukkan pendaftaran automatik dan menurunkan had umur calon pilihan raya ini,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Iklan
Iklan

Terdahulu di Dewan Rakyat hari ini, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2019 dan RUU Majlis Keselamatan Negara (Pindaan) 2019 yang dijadual untuk bacaan kali kedua, ditarik balik. - Bernama