MELAKA - Jumlah mangsa banjir kilat pada hari kedua di Melaka menurun kepada 934 mangsa melibatkan 212 keluarga pada 8 malam, berbanding 1,001 mangsa (225 keluarga) pada sebelah petang.
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Lt Kol (PA), Effendy Ali berkata, hanya tujuh buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang masih aktif.