Nyamuk aedes berevolusi faktor kes denggi meningkat

Iklan
Amirudin (tengah) menerima cenderahati disampaikan Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Shukri Mohamad Hamin selepas merasmikan majlis pelancaran progran P3S, hari ini.

HULU SELANGOR - Nyamuk aedes yang berovulasi selepas beberapa generasi dengan pertambahan daya tahan badan mempengaruhi peningkatan kes denggi di negeri ini.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, langkah pencegahan dan kawalan berjaya dilakukan namun pada masa sama berlaku perkembangan penyebaran virus denggi di kalangan nyamuk aedes itu sendiri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, terdahulu, tidak semua nyamuk aedes mempunyai virus denggi.

"Tetapi sejak tahun lepas dimaklumkan sehingga sekarang, virus denggi ini dah berwaris dan warisannya sangat besar.

Iklan

"Seekor nyamuk yang ada virus denggi maka telur seluruh generasinya akan ada virus denggi. Sebelum ini perkara itu tidak berlaku. Ia baru berlaku dalam tempoh setahun.

"Nyamuk juga berevolusi dan semakin bertambah kebal selepas beberapa generasi. Dulu mungkin pada kadar tertentu untuk fogging, nyamuk itu sudah mati tapi sekarang dah tak boleh (mati)," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Program Pemurnian Pelancongan Selangor (P3S) di Tasik Taman Millenium Kuala Kubu Bharu, hari ini.

Amirudin berkata, usaha pencegahan akan diperhebatkan di kawasan tumpuan seperti taman awam, rumah ibadat dan premis awam.

Menurutnya, kerajaan negeri berjaya menurunkan beberapa kes dalam epik tertentu sejak tahun lepas.

"Namun begitu dalam epik terbaharu, ia menunjukkan peningkatan.

"Dulu pun banyak nyamuk tapi kita berjaya kawal. Situasi sekarang dah berubah maka kita sedang melihat balik apakah tren yang terlibat.

"Usaha promosi giat dilakukan di jabatan kerajaan tempatan bagi memastikan premis mereka bersih sebelum kita turun ke lokasi yang mencatatkan kes denggi tinggi," katanya.