Baby Misai terima zakat SSM
Iklan
Baby Misai bertemu Roslina dan kakitangan SSM selepas penyampaian zakat
TEMERLOH - Baby Misai atau Rizal Abd Rashid, 39 antara yang menjadi tumpuan Pengarah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Roslina Abdul Malek dan kakitangannya ketika Majlis Pengagihan Zakat Korporat SSM 2018, kelmarin.
Baby Misai antara 61 penerima terpilih dari Kampung Padang Lalang yang menerima pengagihan zakat tersebut.
Iklan
Iklan
Ibunya, Maheron Samat, 67, memberitahu sumbangan terbabit akan digunakan sebaik mungkin untuk keperluan anak keempat daripada lima beradik itu selain menghargai keprihatinan pihak terbabit.
Maheron turut memberitahu hasratnya mendapatkan kereta bayi sesuai untuk kemudahan dan keselesaan anaknya terutama ketika keluar bersama keluarga.
Iklan
Julai lalu, kisah Baby misai mendapat liputan media berikutan saiz fizikalnya yang kerdil sejak lahir walaupun sudah berusia hampir 40 tahun.
Sementara itu, Roslina memberitahu sebanyak RM18,300 diagihkan kepada 61 penerima asnaf daripada kampung terbabit bernilai RM300 seorang.
Iklan
Menurutnya, SSM negeri juga mengagihkan sebanyak RM10,000 untuk surau di kampung berkenaan.
"Setiap tahun kita memilih kawasan atau kampung sesuai dengan kriteria ditetapkan untuk menerima sumbangan ini.
"Tahun ini kita memilih Kampung Padang Lalang dan selain beberapa aktiviti pengagihan sebelum ini,"katanya SSM negeri memperuntukkan sebanyak RM40,000 bagi tujuan terbabit bagi tahun ini.
Dalam perkembangan lain, Roslina meminta mereka yang terlibat menggunakan aplikasi dalam talian untuk mendaftar SSM masing-masing.
"Kita menggalakkan orang ramai mendatar secara atas talian di ezbiz.ssm.com.my selain menggunakan khidmat kaunter bergerak dua bulan sekali di pejabat Majlis Daerah iaitu di Raub, Lipis, Bentong dan Jerantut.
"Selain itu, khidmat pendaftaran juga boleh didapati di mana-mana cawangan Bank Rakyat dan Bank Simpanan Nasional (BSN),"ujarnya.
Setakat ini, selain di Ibu Pejabat SSM negeri di Kuantan dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan, turut terdapat cawangan SSM Pahang di daerah ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Nahas empat maut: Kiriman swafoto makan nasi Arab jadi kenangan terakhir keluarga"><meta itemprop="description" content="Kiriman sekeping swafoto ketika menikmati hidangan nasi Arab di sebuah restoran di Kuala Lumpur menjadi kenangan terakhir empat beranak maut selepas kenderaan dinaiki mereka dihempap treler dalam nahas di Kilometer 43.2 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Bentong pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Norawazni Yusof.
Tragedi menyayat hati itu mengorbankan A Halim Hasoon, 55, isterinya Rozita Buang, 58, anak perempuan mereka Norbahyah A Halim, 26, serta cucu perempuan, Nayla Afya Aizat, 1.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/783884/edisi/pahang/nahas-empat-maut-kiriman-swafoto-makan-nasi-arab-jadi-kenangan-terakhir-keluarga
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KemalanganMaut #Temerloh #nahas #Treler"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-15T08:14:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/bdmjA1gBxHXbr7V9p/x120"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xafsdoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xafsdoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xafsdoq"></script>