DAP harap Bersatu konsisten isu pengambilan ahli baharu

Iklan
Lim Guan Eng - Foto Bernama

GEORGETOWN - DAP berharap kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan konsisten dengan keputusannya sebelum ini berhubung pengambilan ahli daripada parti lain.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Bersatu sebelum ini pun ada terima beberapa pemimpin UMNO kecuali pemimpin tertentu didapati daslam rasuah atau skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihaknya akan berpegang kepada konsensus dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bahawa mana-mana pemimpin didapati terbabit dalam rasuah tidak akan diterima masuk.

"Saya belum baca kenyataan Tun (Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad) lagi. Saya hanya rujuk kepada apa yang berlaku sebelum ini dan apa yang saya cakap ini adalah konsisten dengan apa yang saya sebut sebelum ini," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Iklan

Semalam, Dr Mahathir yang juga pengerusi Bersatu mempelawa semua parti politik Melayu tempatan untuk menyertai Bersatu bagi menguatkan kuasa politik kaum itu.

Dr Mahathir berkata dulu hanya ada satu parti Melayu iaitu UMNO, tapi kerana tamakkan kedudukan, hari ini orang Melayu berpecah enam. - Bernama

Iklan