Saifuddin adakan lawatan kerja ke Bangladesh
Iklan
Saifuddin Abdullah
KUALA LUMPUR - Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Bangladesh mulai hari ini, lawatan pertamanya ke negara itu sejak memegang jawatan itu tahun lepas.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, Saifuddin dijadualkan bertemu rakan sejawatannya, Dr A.K. Abdul Momen dengan kedua-duanya dijangka membincangkan pelbagai isu dua hala serta hal serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Iklan
Iklan
Saifuddin juga dijadualkan melawat Hospital Medan Malaysia dan beberapa kem pelarian Rohingya di Cox Bazar di daerah pesisiran pantai tenggara Bangladesh.
"Lawatan ini akan menyediakan peluang untuk mengukuhkan lagi hubungan mesra antara kedua-dua negara dan meningkatkan lagi kerjasama dua hala serta meneguhkan sokongan berterusan Malaysia kepada kerajaan Bangladesh dalam menyediakan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya,” kata kenyataan itu.
Iklan
Malaysia dan Bangladesh mempunyai hubungan perdagangan dan pelaburan yang besar dengan perdagangan dua hala bernilai AS$2.37 bilion pada 2018, peningkatan ketara sebanyak 35.4 peratus daripada AS$1.75 bilion pada 2017.
Dari Januari hingga April 2019, perdagangan meningkat sebanyak 2.7 peratus kepada AS$793.1 juta berbanding AS$771.5 juta pada tempoh sama tahun lepas.
Iklan
Bangladesh merupakan rakan dagang kedua terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>