Beri kesan perniagaan golongan belia: Pertunas
Iklan
NURLIANA
KUALA TERENGGANU - Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 (Akta 668) yang menurunkan had usia belia daripada 40 kepada 30 tahun dilihat akan menafikan hak usahawan belia yang baharu memulakan perniagaan.
Setiausaha Agung Persatuan Tunas Usahawan Nasional (Pertunas), Nurliana Muhammad berkata, penurunan had usia menerusi RUU yang akan diwartakan pada 31 Disember 2019 juga dijangka memberi kesan kepada perniagaan golongan muda.
Iklan
Iklan
"Kebanyakan program pembangunan usahawan belia yang disediakan oleh 17 kementerian dan lebih 64 agensi kerajaan mengguna pakai had umur sehingga 18 hingga 40 tahun.
"Jika RUU ini dilaksanakan, sudah pasti jumlah usahawan yang layak menerima untuk kemudahan program-program itu akan menurun sekali gus memberi kesan kepada perniagaan orang muda," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Iklan
Sehubungan itu, katanya, pihaknya menggesa kerajaan mengkaji semula cadangan mendapatkan bantuan pinjaman atau geran khusus kepada usahawan belia daripada kementerian, agensi kerajaan dan institusi kewangan berkaitan.
"Rata-rata usahawan muda yang memilih menceburi bidang perniagaan selepas tamat pengajian dan pengalaman bekerja bersama sesebuah syarikat.
Iklan
"Malah, kebanyakkan perniagaan baharu dimulakan oleh orang muda berusia sekitar 31 hingga 35 tahun.
"Kita bimbang jika RUU ini dilaksanakan, golongan usahawan muda akan tersisih daripada menerima bantuan kewangan yang mampu melonjakkan perniagaan mereka," katanya.
Dalam pada itu, katanya, pelbagai program telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui pelbagai dana dan program bersesuaian di bawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).
Katanya, antara program diperkenalkan ialah Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) oleh SME Corp. Malaysia, Dana Usahawan Muda (YEF) dan Tabung Usahawan Siswazah (TUS) oleh SME Bank, Program Agro Tani Muda oleh MOA serta PROSPER Usahawan Muda di bawah PUNB.
"Bidang keusahawanan sememangnya diiktiraf sebagai antara bidang yang mampu memberikan pulangan yang lumayan.
"Namun, di negara kita, budaya keusahawanan ini masih lagi di peringkat permulaan dan penglibatan golongan belia dalam memilih bidang perniagaan sebagai kerjaya dilihat masih sedikit dan memerlukan sokongan kerajaan.
"Jika RUU ini dilaksanakan secara drastik, kita percaya ia akan membantutkan usaha melahirkan lebih ramai usahawan muda," katanya.
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.