Kecewa tindakan Kedutaan China, NGO Islam rancang anjur himpunan lebih besar
Iklan
Bantahan aman dilakukan di hadapan Kedutaan China, Jalan Ampang di sini hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
KUALA LUMPUR - Usaha badan bukan kerajaan (NGO) Islam menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan China di Malaysia bagi menuntut hak ke atas penindasan yang berlaku terhadap etnik Uighur gagal apabila memorandum itu ditolak hari ini.
Terdahulu, permohonan rasmi bagi penghantaran memorandum berkenaan dihantar sejak Selasa dan maklum balas yang diterima jelas menyatakan Kedutaan China enggan menerima memorandum tersebut.
Iklan
Iklan
Alasan diberikan NGO dan jabatan-jabatan tertentu sudah dibawa bercuti di Xinjiang untuk menunjukkan tidak berlaku penindasan di sana.
Bagaimanapun hari ini, usaha berkenaan diteruskan apabila sekumpulan NGO mewakili 34 NGO yang menandatangani memorandum berkenaan melakukan bantahan aman di hadapan Kedutaan China, Jalan Ampang di sini.
Iklan
Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid yang mewakili 34 NGO Islam terlibat berkata, pihaknya akan mengedarkan memorandum itu secara terbuka bagi menuntut hak yang dinyatakan.
Mohd Azmi
"Mereka tidak mahu buka pintu, mereka hanya intai. Mereka beritahu mereka tidak akan terima.
ARTIKEL BERKAITAN: Dunia Islam jangan biar China terus ratah etnik Uighur
Iklan
"Jadi kita tidak sampaikan dan kita akan edarkan ke seluruh dunia dan rakyat Malaysia,” katanya ditemui sempena bantahan aman berkenaan di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Mohamad Raimi Abdul Rahim berkata, pihaknya amat kecewa apabila permohonan secara rasmi yang dihantar tidak diterima oleh Kedutaan China.
"Ini merupakan pertemuan pertama di sini, kita akan datang lagi dan kita mohon agar kerajaan China melalui kedutaan di sini jangan bersifat angkuh. Kerajaan lain walaupun boleh dikira berkuasa, mereka masih menerima memorandum untuk dihantar oleh wakil-wakil.
"Kita tidak teragak-agak untuk hadir sekali lagi di sini dengan jumlah yang lebih besar. Ini adalah permulaan dan kita akan pastikan bahawa hak isu ini terus diperjuangkan oleh seluruh rakyat Malaysia, umat Islam dan warga dunia sehingga keadilan diberikan kepada warga Uighur,” katanya.
Tambah Mohamad Rahimi, pihaknya mahu permintaan yang dijelaskan menerusi memorandum berkenaan diberikan perhatian termasuk memberi layanan hak kepada warga Uighur yang berada di Xinjiang mahupun di negara-negara lain yang dinafikan hak untuk kembali ke negara mereka.
"Justeru kita mohon agar mereka dibenarkan untuk bertemu dengan keluarga mereka dan paling penting agar semua yang ditahan dalam kem tahanan seluruh Xinjiang dan China dibebaskan serta merta," katanya.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, bantahan aman yang dibuat hari ini serentak di Kedutaan China seluruh dunia sempena genap 10 tahun penindasan berlaku terhadap warga Uighur.
Menurutnya, kerajaan China tidak seharusnya menutup isu Uighur ini dengan membawa NGO-NGO Islam, mungkin jabatan-jabatan tertentu kerajaan pergi ke Xinjiang dengan memberi hotel percuma, makanan percuma tiket kapal terbang percuma kononnya tidak ada berlaku kezaliman di sana.
"Henti layan kami seperti kami orang yang tidak tahu apa-apa. Kita tahu apa yang berlaku di sana. Apa yang kita mahukan adalah kebenaran,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>