Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Iklan
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Iklan
Iklan
Menurutnya, perkara itu bahagian pertama yang datang bersama dengan surat daripada Lembaga Pengampunan.
"Kemudian penjara juga dibenarkan untuk mengadakan syarat-syarat yang bertujuan untuk menyediakan kawalan dan seliaan, juga arahan dan tata cara. Ini semua telah dibacakan oleh Najib pada dua hari lepas sebelum dikeluarkan daripada penjara dan dihantar ke Jalan Langgak Duta.
Iklan
"Manakala, di dalam keputusan Lembaga Pengampunan itu, berkenaan dengan tempat tinggal, disebut dengan jelas tempat tinggal itu adalah No 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur.
"Kementerian Negeri menggunakan kuasa Menteri Dalam Negeri, Seksyen 3 Akta Penjara, cuma mewartakan premis itu. Tidak dibenarkan keluar daripada alamat itu ya, melainkan dengan izin bertulis terlebih dahulu," ujarnya pada Sidang Parlimen pada Khamis.
Iklan
Sebelum ini, Najib diperintah menjalani baki hukuman penjara menerusi tahanan rumah di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta.
Perkembangan itu menyusul selepas Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, membatalkan perintah pelepasan Jumaat lalu dan menggantikannya dengan perintah pelepasan baharu terhadap bekas Presiden UMNO itu.
Hakim, Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan berkenaan selepas mendengar permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengkaji semula perintah pelepasan yang dikeluarkan pada 6 November lalu dan mendapatkan perintah pelepasan baharu.
Tambah Saifuddin Nasution, Najib juga tidak dibenarkan tinggal bersama seseorang yang lain selain daripada ahli keluarga kamu, terdiri isteri-isteri, anak-anak, menantu, cucu kecuali dengan kebenaran bertulis.
Jelasnya, dalam masa sama, tahanan tidak dibenarkan menerima tetamu melainkan dengan izin bertulis.
"Najib juga tidak boleh dedahkan diri, libatkan diri dalam majlis keramaian jauh sekali daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik.
"Jadi saya nak sebut di sini bahawa ketika KDN membina syarat-syarat ini, kita kena pandang ke jauh lah.
"Syarat ini bukan hanya dibuat atau diadakan khusus untuk sekarang ini Najib tetapi juga sebagai persiapan akan datang," jelasnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar