Perubahan kurikulum perlu sejajar Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Iklan
Shazni Munir Mohd Ithnin

KUALA LUMPUR - Sebarang penambahbaikan atau perubahan yang mahu dibuat terjadap kurikulum sekolah haruslah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, ia selaras dengan ulasan ramai tokoh pendidikan sebelum ini.

Iklan
Iklan

"Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelas termaktub cita-cita besar pendidikan negara untuk melahirkan ‘insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani’.

"Ia berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Iklan

Tambah beliau, Malaysia harus berani meneroka sistem pendidikan tersendiri yang mampu mendepani kemajuan semasa serta konsisten membawa nilai-nilai baik.

"Perkara ini menjadi teramat penting ketika dunia umumnya sedang bergerak ke arah Revolusi Perindustrian 4.0,” ujarnya.

Iklan

Beliau dipercayai berkata demikian bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini seperti dilaporkan media.

Menurut Dr Mahathir, sekolah kebangsaan di Malaysia kini telah berubah menjadi ke arah sekolah agama.

Justeru, bagi memperkasakan kembali sistem pendidikan di negara ini, kerajaan akan mengkaji semula kurikulum sekolah yang sedia ada.

Jelas beliau, kurikulum di sekolah perlu memberi penekanan untuk menguasai mata pelajaran yang boleh menghasilkan graduan yang berkualiti dan tidak memberi tumpuan semata-mata kepada mata pelajaran agama.