Ejek-mengejek punca dua rakan sekelas bergaduh
Iklan
Video pergaduhan tersebut tular sejak semalam. - Gambar kecil: Haslah
KUALA PILAH - Perasaan tidak puas hati dipercayai menjadi punca pergaduhan dua pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah menengah di sini sehingga rakaman videonya menjadi tular di laman sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Haslah Bachok berkata, berdasarkan siasatan awal pergaduhan dipercayai bermula dengan insiden ejek-mengejek disusuli dengan pertengkaran mulut sehingga berlaku pergaduhan.
Iklan
Iklan
"Kira-kira jam 2.30 petang pada 2 Julai lalu mangsa berjumpa dengan suspek di tempat letak motosikal berhampiran asrama warden sekolah untuk meminta maaf selain mengatakan tidak mahu bergaduh dengan suspek.
"Bagaimanapun, ketika ingin beredar tiba-tiba suspek memukul mangsa sehingga terjatuh dan mangsa mendakwa mengalami kecederaan di bahagian kepala serta keseluruhan badan selain mengalami sakit-sakit di bahagian bahu, leher, pinggang dan ibu jari kaki,” katanya di sini hari ini.
Iklan
Menurutnya, mangsa ditemani ahli keluarga tampil membuat laporan polis di Balai Polis Seri Menanti jam 10.52 malam tadi selepas video pergaduhan membabitkan kedua-dua rakan sekelas itu tular.
"Siasatan masih diteruskan dan polis akan memanggil kedua-dua pelajar terbabit serta beberapa saksi untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.
Iklan
Video yang berdurasi 35 saat itu mula tular di laman Fecebook dan Whatsapp sejak semalam yang memaparkan mangsa diserang secara bertubi-tubi oleh suspek sambil diperhatikan rakan lain termasuk seorang murid yang membuat rakaman.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>