Perkenalkan pendaftaran lesen anjing dalam talian
Iklan
Adam
MIRI -"Pendaftaran lesen anjing secara atas talian seharusnya diperkenalkan di Sarawak bagi mempercepatkan pengumpulan data populasi haiwan itu, sebagai sebahagian daripada strategi bagi mengawal jangkitan rabies di Sarawak," kata Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang.
Beliau berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak sepatutnya menimbangkan cadangan itu bagi menjadikan kerja-kerja pendaftaran yang sedang dilaksanakan kini dapat dipermudahkan dan disegerakan.
Iklan
Iklan
"Wujudkanlah sistem pendaftaran atas talian secara pilihan, di mana selepas maklumat dihantar secara atas talian, pemohon hanya perlu tampil untuk mengambil ‘tag’ anjing selepas membuat pembayaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Yii seterusnya mencadangkan kementerian berkenaan mengkaji semula proses borang-borang permohonan bagi pelesenan anjing, pelesenan kedai haiwan peliharaan, dan juga pelesenan pemelihara anjing, dengan mengenepikan keperluan menampilkan gambar anjing yang berlesen.
Iklan
Iklan
Bermula 1 Disember lepas kerajaan Sarawak menguatkuasa Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (Pelesenan dan Kawalan Anjing), 2018 keatas semua 26 pihak berkuasa tempatan dalam negeri, yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 bagi sesiapa yang memiliki anjing tanpa lesen. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'"><meta itemprop="description" content="'Zikir di tanah kubur boleh diwarta sesat jika menyalahi ajaran Islam'
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian, 
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #AjaranSesat #TanahPerkuburan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T06:21:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZkqoC1fLsFUTv0-h8/x120"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x9wwvpo"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x9wwvpo"></script>